Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Scam Advisory] Bagaimana untuk melindungi diri daripada penipuan?

English | Bahasa Malaysia 👍 Perkara untuk diamalkan/dielakkan:


  1. Jangan kongsi butiran peribadi seperti OTP, kata laluan atau PIN ShopeePay anda
  2. Jangan imbas kod QR, buka pautan yang mencurigakan atau muat turun lampiran daripada mesej, walaupun ia dihantar dalam aplikasi Shopee
  3. Kerap mengimbas peranti anda untuk mengesan perisian berbahaya
  4. Jangan balas mesej yang tidak dihantar melalui saluran rasmi seperti e-mel yang tidak menggunakan domain @shopee.com atau akaun media sosial yang sah
  5. Jangan percaya dengan penjual yang meminta anda untuk berurus niaga di luar platform Shopee
  6. Sentiasa perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan anda berada di laman web palsu seperti perkataan yang disalah eja dan kesilapan taip
  7. Berkala-kala tukar kata laluan anda, maklumkan bank anda tentang sebarang kemungkinan aktiviti penipuan dan perhatikan caj yang tidak dikenali pada kad kredit anda jika anda telah memasukkan maklumat sensitif pada laman web penipuan


🔍 Penipuan yang sering berlaku:


Scam QR 🤳


Maksud: Penipuan ini melibatkan panggilan daripada 'penjual Shopee' yang dibuat secara peribadi untuk meminta anda membuat pembayaran pesanan anda di luar aplikasi Shopee.


Cara ia berfungsi: Ini berlaku selepas anda membuat pesanan dalam aplikasi Shopee. Penjual kemudiannya akan menghubungi anda melalui 'Shopee Chat' dan menawarkan anda 'harga promosi istimewa'. Selepas itu, penjual akan membatalkan pesanan tersebut dan anda dikehendaki membuat pesanan baru.


Seterusnya, penjual akan menghubungi anda di luar aplikasi Shopee (biasanya melalui WhatsApp) untuk menghantar ‘kod QR ShopeePay’ untuk ‘harga promosi istimewa’, serta arahan dan cara membuat pembayaran.


Sebaik sahaja anda membuat pembayaran melalui kod QR, penjual akan menghilangkan diri dan pesanan anda tidak akan dipenuhi.


Cara untuk mengelakkannya: Jangan terpengaruh dengan tipu helah penjual, di mana mereka menawarkan harga yang lebih murah melalui pembayaran QR atau di luar aplikasi Shopee. Selain itu, jangan berurus niaga di luar aplikasi Shopee dan pastikan semua pembayaran dibuat dalam aplikasi sahaja. Jika anda diminta untuk membuat transaksi di luar aplikasi Shopee, laporkan penjual tersebut kepada Shopee dengan serta-merta.

Scam Parcel 📦

Maksud: Untuk penipuan seperti ini, anda diminta untuk membuat pembayaran tambahan bagi penghantaran disebabkan isu seperti berat bungkusan yang melebihi had.


Cara ia berfungsi: Scammer akan menghantar mesej kepada anda dalam aplikasi Shopee mendakwa terdapat kesilapan dalam pengiraan dimensi dan berat bungkusan. Scammer akan meminta anda untuk membayar caj penghantaran yang lebih tinggi di luar platform Shopee.


Untuk menjadikan penipuan nampak lebih meyakinkan, sesetengah scammer akan memasuk nama anda dan barang asal yang dibeli dalam mesej mereka. Selepas itu, scammer akan memaklumkan bahawa bayaran penghantaran yang sudah dibayar semasa pembelian akan dikembalikan dalam masa 24 jam selepas bayaran penghantaran yang lebih tinggi telah dibuat.


Selepas menerima bayaran, scammer itu akan menghilangkan diri.


Cara untuk mengelakkannya: Pihak penjual Shopee yang tulen tidak akan meminta anda membuat pembayaran di luar aplikasi Shopee. Jika anda dapati sebarang aktiviti yang mencurigakan atau ragu-ragu, hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee dengan segera.



Scam Cabutan Bertuah 🎰

Maksud: Anda akan dimaklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah dan diminta berkongsi maklumat peribadi dan kewangan tertentu untuk menuntut hadiah.


Cara ia berfungsi: Scammer akan menghubungi dengan mangsa dan mendakwa mereka memenangi peraduan Shopee. Untuk menuntut hadiah tersebut, mangsa akan diminta untuk mendedahkan kata laluan OTP/kod pengesahan, nombor telefon dan maklumat peribadi lain termasuk butiran kad kredit. OTP kemudiannya akan digunakan untuk membuat transaksi kad kredit/debit di Shopee.


Cara untuk mengelakkannya: Shopee memandang serius keselamatan dan privasi data anda. Kami tidak akan meminta anda untuk berkongsi maklumat peribadi. Sentiasa kenal pasti identiti individu yang menghubungi anda dan pantau semua transaksi yang dibuat pada kad kredit/debit anda. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa semua pengumuman yang berkaitan dengan kempen dan hadiah Shopee hanya akan dibuat melalui saluran Shopee rasmi.



Scam Pekerjaan 💼

Maksud: Penipuan ini melibatkan penghantaran mesej daripada nombor yang tidak dikenali melalui aplikasi komunikasi atau media sosial (biasanya melalui WhatsApp, Facebook, iklan Instagram atau mesej peribadi). Anda akan ditanya jika anda berminat untuk bekerja dengan Shopee. Selain itu, anda juga akan dimaklumkan bahawa anda telah dipilih oleh Shopee untuk bekerja dalam talian bagi menjana wang sampingan. Syaratnya ialah anda perlu membayar dahulu sebelum anda dibayar.


Cara ia berfungsi: Kerja sambilan dalam talian yang ditawarkan menjanjikan wang yang mudah. Anda hanya perlu membuat pembelian di kedai tertentu dan anda akan dibayar balik dengan komisen untuk tugasan tersebut. Pada mulanya, anda akan dibayar balik. Ini adalah cara scammer untuk mendapat kepercayaan anda. Walau bagaimanapun, mangsa tidak akan dibayar balik apabila mereka membeli barang yang mahal.


Ketahui pengalaman seorang mangsa yang pernah terpedaya dengan penipuan ini.


Cara untuk mengelakkannya: Shopee TIDAK ada pekerja yang akan merekrut individu melalui platform mesej. Shopee juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak ada jawatan 'Agen Pembelian Dalam Talian' dalam organisasi kami. Shopee tidak akan sekali-kali meminta bayaran pendahuluan atau deposit sebagai syarat untuk bekerja dengan kami.


Selain itu, semua aktiviti berkaitan dengan kewangan hanya akan dibuat melalui aplikasi Shopee atau laman web rasmi sahaja.


⚠️ Nota


  1. Hati-hati dengan scammer yang mungkin akan menggunakan banner palsu untuk menjadikan mesej mereka kelihatan rasmi


Scam Pesanan Lengkapkan 🚨

Maksud: Scammer meyakinkan anda untuk melepaskan pembayaran awal supaya mereka boleh menjual semula produk yang anda beli.


Cara ia berfungsi: Scammer akan cuba meyakinkan anda untuk tekan butang Pesanan Diterima sebelum anda menerima item anda. Apabila anda berbuat demikian, perlindungan pembayaran anda di bawah Shopee Guarantee akan tamat. Bayaran anda untuk pesanan tersebut akan dihantar kepada scammer dan anda tidak boleh mengemukakan permintaan Return/Refund. Dalam kes ini, scammer akan mendapat wang anda dan anda tidak akan menerima pesanan anda.


Cara untuk mengelakkannya: Jangan percaya pihak penjual yang cuba meyakinkan anda untuk mendakwa Pesanan Diterima sebelum anda menerima parcel anda. Lanjutkan Shopee Guarantee jika anda masih belum menerima pesanan ataupun memerlukan masa tambahan untuk menyemak parcel yang diterima. Jangan terlibat dalam jenis transaksi lain (selain membeli) di Shopee, seperti transaksi jualan semula.



Scam Penyamaran 🕵️


Maksud: Scammer berpura-pura menjadi kakitangan rasmi organisasi atau pekerja Shopee untuk menipu wang daripada mangsa.


Cara ia berfungsi dalam situasi berbeza:


#1: Terdapat laporan mengenai individu yang menerima panggilan, e-mel dan mesej teks daripada scammer yang menyamar sebagai Rakan Logistik Shopee. Scammer ini meminta maklumat peribadi, seperti nama penuh dan butiran akaun bank; dan meminta pemindahan wang supaya parcel boleh dihantar.


#2: Mangsa menerima mesej daripada individu yang menyamar sebagai pekerja Shopee untuk menyertai dalam tinjauan pemasaran dan kemudian ditawarkan insentif kewangan untuk melengkapkan tinjauan. Mangsa yang melengkapkan tinjauan akan ditawarkan peranan bergaji lebih tinggi sebagai 'pembantu Shopee'.


Mangsa diarahkan untuk memilih ‘pakej tugas’ prabayar yang melibatkan pemindahan wang ke akaun bank yang telah disediakan oleh scammer sebelum mangsa akan memulakan ‘kerja’. Pada mulanya, mangsa akan menerima peningkatan dalam pendapatan mereka dan diyakinkan untuk menambah akaun mereka untuk menerima pendapatan tambahan. Akhirnya, mangsa tidak akan dapat mengeluarkan pendapatan mereka.


Cara untuk mengelakkannya: Sama seperti penipuan yang melibatkan kerja sambilan, Shopee tidak akan minta untuk apa-apa bayaran pendahuluan atau deposit sebagai keperluan untuk bekerja dengan, atau untuk kami. Sila kekal berwaspada dan jangan percaya sumber tidak rasmi yang mendakwa sebagai pihak Shopee.



⚠️ Nota


  1. Shopee tidak akan meminta sebarang butiran kad kredit/debit anda untuk tujuan pengesahan. Jika anda menerima panggilan atau mesej teks daripada seseorang yang mendakwa sebagai ejen perkhidmatan pelanggan Shopee yang meminta butiran sedemikian, sila jangan dedahkan data peribadi anda dan abaikan panggilan ataupun mesej daripada nombor tertentu itu


⚠️ Nota


  1. Shopee dan Shopee Mall tidak mempunyai sebarang operasi perniagaan di Zambia. Shopee hanya terletak di dalam Asia Tenggara, Taiwan dan Amerika Latin. Anda boleh mendapatkan senarai pasaran terkini di bahagian bawah halaman utama Shopee melalui laman web Shopee


Antara contoh di bawah, scammer mungkin akan meminta anda melakukan salah satu daripada yang berikut:


  1. Kongsi OTP/kata laluan akaun/PIN ShopeePay anda
  2. Kongsi info peribadi anda seperti tarikh lahir anda yang boleh digunakan oleh ejen perkhidmatan pelanggan untuk mengesahkan identiti pembeli
  3. Buat pembayaran ke nombor akaun yang mereka sediakan
  4. Klik pada pautan yang akan mengubah hala anda ke halaman pihak ketiga
  5. Segera meminta anda memindahkan wang atau melepaskan bayaran kepada mereka







⚠️ Nota


  1. Ketahui lebih lanjut tentang Shopee Guarantee dan Shopee Mall
  2. Pastikan anda menyemak kredibiliti mesej yang anda terima sebelum memindahkan wang kepada sesiapa sahaja


Anda harus sentiasa mengabaikan ataupun melaporkan kes sedemikian kerana Shopee tidak akan meminta butiran anda melalui platform tidak rasmi. Tambahan pula, Shopee tidak akan meminta kata laluan dan PIN anda.


Shopee hanya akan menghubungi anda melalui saluran rasmi, seperti aplikasi Shopee, akaun media sosial kami yang disahkan, atau alamat e-mel yang berakhir dengan @shopee.com.



Apakah langkah yang perlu diambil jika anda rasa anda adalah mangsa dalam senario penipuan?


Jika anda telah menjadi mangsa penipuan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee melalui Panggilan Internet untuk mendapatkan bantuan lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan ejen langsung kami dengan mengikuti langkah berikut:


Langkah 1: Klik pada tab ‘Saya’

Langkah 2: Klik pada 'Chat with Shopee'

Langkah 3: Pilih 'Chat with Live Agent’'


Jika anda menghadapi sebarang aktiviti dalam talian yang mencurigakan, menjadi mangsa penipuan, ataupun mengalami sebarang bentuk kerugian, sila laporkan dengan segera kepada balai polis terdekat anda, bank pengeluar anda dan pihak berkuasa yang berkaitan melalui saluran berikut:


1. Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC). Tekan 997 untuk melaporkan kes penipuan. (Isnin hingga Ahad, 8AM - 8PM, termasuk cuti umum) atau rujuk laman web NSRC untuk maklumat lanjut.


2. SEMAKMULE, platform PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial.


3. Talian Maklumat CCID (8AM - 12AM), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis dan mengemukakan maklumat kes jenayah komersial.


4. Pusat Tindak Balas Penipuan CCID (8AM - 8PM), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan maklumat atau pertanyaan mengenai penipuan dalam talian:

+03-26101559

Was this article helpful?
Yes
No